Wednesday 29 February 2012

Esklusif Bersama Ustaz Azhar Idrus








Oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

AMPANG,SELANGOR - Ketika jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi,kami sekeluarga sampai ke DePalma Hotel,Ampang Selangor.Tanpa berlengah kami menuju ke lobi hotel untuk sesi pendaftaran Esklusif Bersama Ustaz Azhar Idrus berserta infaq fisabilillah negeri Terengganu.Teruja dengan suasana yang tenang kami mendapat meja bernombor 26.Sambil menunggu ketibaan yang berbahagia ustaz,kami didengarkan dengan lagu-lagu nasyid dan selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW.Pukul 11.00 pagi,pengumuman telah dibuat yang menyatakan Ustaz Azhar masih dalam perjalanan sedikit pun tidak mengusarkan kami.Anak-anak pula sibuk melihat gerai-gerai jualan yang berada di sekitar lobi dan sempat membeli beberapa buah buku.Orang ramai mula memenuhi meja yang berada di dalam.Jumlah meja melebihi 40 buah.'Ustaz Azhar Idrus Daie Sejuta Ummat' tajuk buku yang dibeli.Buku tulisan saudara Riduan Mohammad Nor dibaca sementara menunggu ketibaan yang berbahagia ustaz.Menceritakan tentang kisah berkaitan dengan salasilah Ustaz Azhar dan tentang fenomena serta penerimaan orang ramai dengan kuliah-kuliah Ustaz Azhar.
Tepat jam 11.30 pagi,kedatangan Ustaz Azhar telah diumumkan oleh pengerusi majlis.Tanpa melengahkan masa moderator dan Ustaz Azhar mengambil tempat untuk sesi soal jawab yang lazim dilakukan dan ditunggu-tunggu oleh audien.Walaupun tidak berapa sihat kerana jadual yang amat padat,Ustaz Azhar tetap meneruskan agenda untuk menyampaikan ilmu kepada hadirin yang hadir.Beberaoa soalan telah dijawab oleh Ustaz Azhar dengan gaya dan lawak yang bersahaja.Persoalan juga diterima daripada audien dewan yang hadir.Sehingga pukul 1.00 petang sesi soal jawab berakhir,hadirin menikmati makan tengah hari yang tersedia.Majlis pada hari itu,diakhiri dengan sesi fotografi dan autograf.Peluang ini tidak kami lepaskan,anak-anak begitu teruja bergambar dengan Ustaz AZhar dan mendapatkan tandatangan pada buku yang telah dibeli.


coretan kenangan ;
zbs
26Feb2012

Monday 27 February 2012

Solat Dhuha


Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.



Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…


Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”



Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.



Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

sekadar berkongsi;
zbs...

Thursday 16 February 2012

Salam Jumaat






Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu'ah 62:9)

sekadar berkongsi;
zbs..

Thursday 9 February 2012

SALAM JUMAAT



Pengenalan

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sama-sama kita berkongsi ilmu yang ada ini untuk diri,keluarga,kawan-kawan dan umat Islam semuanya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

Sekadar berkongsi ;
zbs..

DOA DHUHA

Doa Dhuha


Maksudnya ;
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Ingatan juga untuk diriku agar melakukan solat dhuha yang banyak fadilatnya.Supaya hidup ini sentiasa diberkati oleh-Nya,

ikhlas dari zbs..

Wednesday 8 February 2012

Catatan Cameron Highland








Tanggal 6-7 Feb.2012 kami sekeluarga bersama-sama famili Hafiz & Pakya telah bercuti ke Cameron Highland selama 2 hari 1 malam.Kami menginap di Brincang berhampiran dgn pasar malam yg sungguh nyaman sekali.Suasana yg dingin menitip rasa kerinduan yg amat sangat kpd sang pencipta-Nya.Mungkin inilah yg perlu disemat dlm diri masing-masing agar sentiasa bermuhasabah supaya hidup ini tetap pada landasan-Nya.Namun tanpa kita sedari,berapa lama kita boleh menikmati kedinginan di sini.Kerakusan binaan berdiri di lereng-lereng bukit telah memusnahkan flora dan faunanya.Mungkin kedinginan bertukar menjadi kehangatan seumpama Kuala Lumpur dan bandar seumpannya.

Firman Allah bermaksud;
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka sudah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat."
(Surah ar-Ruum, ayat 41)


Marilah kita renungkan dan kekalkan keindahan ciptaan yang ada ini untuk anak cucu cicit kita pada masa depan nanti.Insya-Allah.

Catatan kenangan oleh;
zbs..

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul SAW 1433 Hijrah


Marilah sama-sama kita menghayati Maulidur Rasulullah SAW,bukan setakat berarak,berselawat,mendengar ceramah dan sebagainya sahaja..Malah lebih daripada itu kita perlulah mempraktikkan setiap amalan yang dilakukan baginda agar kita mendapat ganjaran oleh Allah SWT.
Sebagaima FirmanNya ;
“Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.”( Al-Anbiyaa’:107 )

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di hari yang berbahagia ini.
"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

Catatan oleh;
ZBS..
12 RabiulAwal 1433H/5 Februari 2012

Friday 3 February 2012

Catatan Kuliah "ANAK KUNCI SYURGA"



SABTU (28 Januari 2012)

Jam 6 petang para jemaah mula memenuhi ruang letak kereta Masjid Al-Ridhuan.Suasana di dalam ruang solat masjid masih tenang.Beberapa petugas masih membuat persiapan dan memcuba PA Sistem.Setengah jam berlalu,ruang solat masjid mula dipenuhi oleh para pendengar dan pencinta kuliah "Anak Kunci Syurga".Tepat pukul 7 malam suasana di dalam masjid mula terasa bahang akibat jemaah mula memenuhi setiap sudut masjid.Usai azan maghrib,solat mula didirikan dengan penuh rasa ukhwah dan syahdu yang belum pernah dirasai dalam mana-mana solat jemaah,hatta solat jumaat sekali pun.Selesai wiritan,bergema takbir ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR mengiringi UAI yang mengambil tempat untuk memberi kuliahnya.Kupasan mengenai buku Anak Kunci Syurga begitu terperinci sekali.Seperti biasa dengan colotehnya yang membuatkan para jemaah tidak kering gusi dan layu mata.Kuliah diteruskan dengan sesi menjawab soalan-soalan yang diberikan kepada UAI dan dijawab dengan dalil-dalil yang sahih.Dua jam beralalu tanpa disedari dan diakhiri dengan solat isya' serta klip video tentang ceramah Dato'Dr Haron Din mengenai mimpi bertemu Rasulullah.Pesanan UAI agar jemaah tidak memandang serong tentang perkara tersebut kerana tidak mustahil ianya berlaku dan bertuahlah orang yang mengalaminya.Mudahan kita juga dapat merasai pengalaman tersebut.Kepuasan terpancar pada wajah jemaah-jemaah dapat mengikuti kuliah UAI.Rupa-rupanya jemaah pada malam itu bukan sahaja memenuhi ruaang solat masjid sahaja,tetapi juga memenuhi segenap kawasan masjid.Allahuakbar.

Catatan oleh;
zbs...

Thursday 2 February 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

UAI

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Bulan Februari 2012

1 Februari - Rabu - (Tiada Kuliah)
2 Februari - Khamis - Surau Wan Esah
3 Februari - Jumaat - Surau Pak Tuyu, Kuala Terengganu
4 Februari - Sabtu - Masjid Titian Baru Atas Tol
5 Februari - Ahad - Surau Flat Gelung, Kuala Terengganu
6 Februari - Isnin - Masjid Pinang Merah Paka, Terengganu
7 Februari - Selasa - Pondok Taman Islam, Kemaman
8 Februari - Rabu - Surau Bukit Kecik, Kuala Terengganu
9 Februari - Khamis - Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu
10 Februari - Jumaat - Surau Ladang, Kuala Terengganu
11 Februari - Sabtu - Surau Belakang Stadium Negeri Kuala Terengganu
12 Februari - Ahad - Surau Glat Gelung Bilal, K.Trg
13 Februari - Isnin - Masjid Simpang 4 Cenering, K. Trg
14 Februari - Selasa - Surau Ladang, K. Trg
15 Februari - Rabu - Surau Kubur, Dungun
16 Februari - Khamis - Masjid Batu 6, K.Trg
17 Februari - Jumaat - Masjid Rhu Muda, Marang
18 Februari - Sabtu - Surau Madah Sri Manjung, Lumut, Perak
19 Februari - Ahad - Program Qabilah, Lumut, Perak
20 Februari - Isnin - (Tiada Kuliyah)
21 Februari - Selasa - Masjid Pengadang Baru, K.Trg
22 Februari - Rabu - Masjid Qaryah Balok, Kuantan
23 Februari - Khamis - (Tiada Kuliah)
24 Februari - Jumaat - Surau Ladang, Kuala Terengganu
25 Februari - Sabtu - Masjid Bandar Tasek Putri Rawang, Selangor
26 Februari - Ahad - Masjid Jamek Rahimiyah Klang, Selangor
27 Februari - Isnin - (Tiada Kuliyah)
28 Februari - Selasa - Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu
29 Februari - Rabu - Ma'ahad Tahfiz Tok Jiring, K.Trg

Maulidur Rasul SAW


Sedikit Renungan pada Hari Lahir Rasul S.A.W.

Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya. Dan di akhir zaman ini berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan. Okeylah? semua majlis ini baik dan kita bersangka baik juga meminta petunjuk dari Allah agar segala apa yang kita kerjakan menjadi satu kebajikan belaka.


Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk reality bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat pesta dan terpesong serta kosong. Bahkan ia mestilah selari dengan apa yang menjadi budaya dalam kehidupan seharian. Contohnya begini; saban hari umat kita tidak mengingati Nabi dalam kehidupannya. Solat tidak, puasa ponteng, hati dengki, tangan dan mulut melukakan orang, hati yang dengki, sombong, mengejar kemewahan secara negatif, pakaian yang tidak menepati ciri sebagai orang Islam dan sebagainya. Tiba-tiba muncul hari sambutan kelahiran Nabi diadakan perarakan dan majlis-majlis seolah-olah mengingati Nabi S.A.W. dan Ajarannya secara bermusim. Itupun Alhamdulillah kalau dibuat atau ambil bahagian. Lebih malang lagi kalau musim ini pun kita tidak mengingati Nabi S.A.W.

Tidak salah mengingati Nabi S.A.W. bahkan kita mendapat pahala kerana membuat peringatan tentang Nabi S.A.W. Namun sambutan dan pesta memperingati Rasul S.A.W. biarlah hanya suatu sampingan kepada ingatan kuat dan kecintaan sungguh kita padanya di seluruh musim, tidak kira apa musim pun. Musim bola ke, musim tengah orang duk sibuk puja artis ke, musim orang tengah gila memberontak ke, apa musim sekalipun kita tetap ingat dengan ingatan tulus ikhlas pada Nabi S.A.W. Yang ini baru boleh kita iktiraf sebagai sambutan yang bagus. Sambutan yang lahir dari hati dan perasaan yang mendalam dan bukan hanya sekadar kulit luar semata-mata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, ?tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri?. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. ?sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah,? sabda Rasul S.A.W.

Maka, di mana kita sekarang, yang sedang dalam gelombang arus yang mencabar akidah dan pegangan? masih mampukah kita bergantungan dengan role model yang telah digarapkan? Atau telah hanyut ditelan badai berbisa arus kehambaran moral dan etika. Usah bicara tentang agama, cukup hanya moral dan etika yang kita ungkitkan. Di manakah moral dan etika orang kita? Adakah moral dan etika orang kita baik? Baik dalam maksud baik untuk semua-diri sendiri, masyarakat, agama, bangsa, Negara? atau moral kita sekarang sudah lari dari bentuk yang kita inginkan??? Sehingga timbul banyak masalah dan gejala seperti yang terangnya kini; bunuh, rompak, rogol, samun, zina, masalah sosial yang berbagai dan tidak kesudahan. Adakah semua ini relevan jika dikaitkan dengan pesta menyambut kelahiran Nabi S.A.W. yang kita cintai dan imani. Seolah-olah pesta dan majlis yang diadakan itu tidak mungkin dan tiada ruang lagi dalam hidup kita mengingkari syariatnya yang tegasnya menyatakan bahawa membunuh
itu haram, merompak itu haram, zina itu haram? sekali gus segera berbuat kebajikan dengan penuh ikhlas.

Apakah kita terlepas pandang akan punca segala itu? Atau kita hanya sekadar senyum si bisu. Tahu akan hakikat punca dan masalahnya namun bisu berbicara. Hanya sekadar senyum membantah atau membantah dalam senyum. Apa makna ini? Inilah hakikat sebuah kehidupan kita yang hidup segan nak ikut Nabi, mati tak mahu dalam kafir.

Secara specifiknya pula kita lihat ajaran Rasul S.A.W. tidak lagi seimbang. Contohnya dalam bab pakaian, orang perempuan kita sudah tidak kenal pada syariat Nabi S.A.W. yang menyuruh berpakaian menutup aurat. Semakin hari semakin singkat, bukan singkat umur dan rasa nak buat ibadat? tapi baju dan kain yang singkat sehingga nampak pusat yang tidak rela didedahkan begitu saja. Pusat pun sebenarnya tidak redha didedahkan. Akhirat kelak ia akan persoalkan kenapa ia didedahkan. Semakin hari juga semakin ketat? bukan ketat dengan jadual ceramah agama tapi ketat pakaian anak-anak muda kita yang boleh kita lihat di mana-mana jua. Maka kalau kita lihat pada masalah pakaian tiada lagi kita ikut Nabi S.A.W. sehingga masalah ini akan membawa kepada masalah lain yang lebih besar.

Walaupun wujud role model wanita muslimah yang bertudung litup seperti Wardina, Wahida, dan lain-lain, namun tidak mungkin manusia akan ubah secara total melainkan kita insafi dan mengkaji syariat yang dibawa Nabi S.A.W. Pernah juga suatu masa Negara digemparkan dengan cara pakaian Wardina dan Wahida. Kita lihat ramai wanita menggayakan dengan pakaian seperti mereka. Pada waktu itu, sejuk mata memandang anak-anak muda wanita kita berpakaian. Namun ikutan semata-mata dan bukan atas dasar mengikuti syariat maka tidak akan sampai ke mana melainkan pakaian tadi lusuh di ceruk rumah dan menjadi sapu kaki sehinggalah muncul hari raya dan keraian lainnya.

Begitu juga anak-anak muda belia kita, yang menjadi kebimbangan kita. Generasi yang bakal mewarnai kemasyarakatan dan budaya kita. Kita bimbang kerana kebanyakan anak-anak muda kita tidak lagi mengenal Rasul S.A.W. Kalau mereka tidak kenal maka bagaimana nak mencintai Rasul. Bila sudah tidak mengenali Rasul S.A.W. maka kedudukan syariat Nabi S.A.W. sudah tergugat. Perkara ini sangat bahaya. Bila ajaran Islam tidak lagi diamalkan maka tunggulah saat kehancuran. Dan kita lihat sekarang, kita sedang menuju ke arah kehancuran. Kehancuran moraliti dan imej sebagai umat yang mulia. Dan seterusnya dihancurkan oleh Allah sempena kedatangan kiamat.

Semenjak timbulnya isu keganasan yang dipelopori oleh orang Islam kononnya, timbul persoalan pada orang Barat apakah ajaran Islam itu menyuruh kea rah keganasan. Maka mereka mula mengkaji ajaran Islam. Sehingga terjemahan al-Quran habis dijual setelah beberapa kai diulang cetak. Setelah habis menganalisa isi kandungan al-Quran yang bercetak maka mereka akan pula beralih arah mencari contoh masyarakat Islam atau Negara Islam. Maka mereka akan melihat Negara kita. Pada waktu itu, apa yang dapat mereka nampak dari Negara kita? Kalau mereka pergi ke bandaraya Kuala Lumpur, apa yang boleh mereka perhatikan melainkan budaya yang semacam Negara mereka juga. terpinga-pingalah mereka dalam seribu persoalan.

Inilah kelemahan kita sebagai umat Muhammad di Akhir Zaman ini. Indah khabar dari rupa?

Renung-renunglah? semoga apa yang kita lakukan menjadi satu kebajikan. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.

Selamat menyambut kelahiran Nabi S.A.W.
Selawat dan salam ke atasnya.

Wednesday 1 February 2012

Renung-Renungkan !

Allah berfirman:

Ø¥ِÙ†َّ الَّØ°ِينَ ÙŠَسْتَÙƒْبِرُونَ عَÙ†ْ عِبَادَتِÙŠ سَÙŠَدْØ®ُÙ„ُونَ جَÙ‡َÙ†َّÙ…َ دَاخِرِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan sangat hina (Ghafir: 60)

Termasuk orang2 yg sombong ialah yg mereka yg sombong dari bersolat, sombong dari meziarahi masjid dan surau dan mereka yg sombong tak mahu menjalankan hukum Allah padahal mereka menumpang di bumi Allah swt..