Wednesday 25 April 2012

Alhamdullah,selamat sampai....

Pada hari selasa 24 April 2012,alhamdulillah nekma telah selamat sampai ke KLIA dari Mekah setelah 10 hari mengerjakan ibadah Umrah.

Setelah sampai ke KLIA pukul 5.40am,kami tunggu pula flight ke Kota Bharu yang akan berlepas pukul 2.30pm.


coretan;
zbs......
23April2012(selasa)

Thursday 19 April 2012

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS



Marilah kita bersama-sama hadir mendengar kuliah ini bagi menambah ilmu dalam menjalani kehidupan seharian.Sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w ;

”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim lelaki dan Muslim perempuan”
(HR Ibnu Majah)

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga"
(HR Bukhari dan Muslim)


sekadar berkongsi;
zbs....

Keutamaan Hari Jumaat


Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyinggung hari Jumaat, kemudian beliau bersabda,

فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله تعالى شيئا إلا أعطاه إياه

“Di hari Jumaat, ada satu waktu, apabila ada seorang muslim melakukan shalat dan dia memohon sesuatu kepada Allah, pasti Allah beri.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berisyarat dengan tangannya untuk menunjukkan bahwa waktu itu hanya sebentar.
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Wahai kaum muslimin, sesungguhnya saat ini adalah hari yang dijadikan oleh Allah sebagai hari raya untuk kalian. Karena itu, mandilah dan kalian harus menggosok gigi.”
(H.r. Tabrani )


sekadar berkongsi;
zbs....

Tuesday 17 April 2012

Himpunan Soalan - Ustaz Azhar,Bob Kuman & Ali XPDC Konsert Khalifah 2012

DENGAR-DENGAR KAN!



sekadar berkongsi;
zbs......
Sambutan Hari Lahir Nurul Izzah Zafirah
Dirai bersama-sama kawan-kawan dan guru-guru di sekolah

oleh Zurazni Suhaimi
zurazni75@gmail.com


KUALA LUMPUR - Hari lahir merupakan satu-satunya detik yang tidak ingin dilepaskan oleh sesiapa pun dalam mengingati hari kelahiran diri masing-masing.Begitu juga dengan NURUL IZZAH ZAFIRAH,17 April merupakan hari kelahirannya yang ke 8 telah disambut berssama-sama rakan kelas 2 Produktif dan juga guru-guru di Skpt1.
bersama kawan-kawan dan ibu tercinta....

Terima kasih kepada kawan-kawan dan guru-guru kerana sudi hadir memeriahkan sambutan hari lahir anak kami pada tahun ini.Alhamdulillah,rezeki Allah yang kami ada dapat dikongsi bersama-sama dan syukur banyak-banyak kerana dapat meraikan hari bersejarah bagi anak kami ini.





juadah-juadah yang disediakan dan pulut sumbangan Alaf Sedari Sdn.Bhd aka Pakya kantin...terima kasih pakya!

Buat Nurul Izzah Zafirah,ayah..ibu..dan abang ucapkan selamat hari lahir yang ke8,semoga menjadi anak yang baik..mendengar kata..dan rajin belajar.Mudah-mudahan sambutan pada tahun ini menjadi semangat buat adik untuk berjaya dalam pelajaran.Insya-Allah.





Sekali lagi,terima kasih kepada semua terutamanya murid-murid 2P dan guru-guru skpt1 yang memeriahkan sambutan hari lahir pada tahun ini.Mudahan kita semua mendapat redha daripada-Nya.


coretan kenangan;
zbs...
17 April 2012/25 Jamadilawwal 1433H...

Sunday 15 April 2012

BIRTHDAY ADIK KE 8
17 April...


Selamat Hari Lahir yang ke 8
buat Nurul Izzah Zafirah.


Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanfaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
keluarga yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Salam Sayang daripada;
Ayah,Ibu dan Abang.

Saturday 14 April 2012

UMRAH

oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

KLIA SEPANG - Pada pagi khamis 12 April 2012 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1433 Hijrah, sekeluarga berkesempatan menunggu Hjh.Rabiah Abd Latiff aka nekma di aras 5 Klia,Sepang yang akan pergi menunaikan umrah pada hari ini. Setibanya kami di sana sekitar pukul 8.30am,kami sekeluarga bersarapan dahulu di "Kedai Kopi" sementara menunggu ketibaan flight nekma dari Pengkalan Chepa,Kota Bharu.
Minum dulu..

Lebih kurang pukul 9.30am,nekma tiba bersama rombongan dan terus mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil pihak Irna Yakin.
Taklimat...

Penulis bersama isteri..

Bersama-sama Ustazah Asni Al-Hafizah...

Allah swt berfirman ;
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 158)



Semoga nekma selamat pergi dan selamat kembali,mudah-mudahan ibadah umrah yang akan dilaksanakan nanti akan diterima oleh Allah swt.Insya-Allah.


coretan;
zbs...

Monday 2 April 2012

HAKIM BIRTHDAY'S
rakan-rakan dan guru hadir meraikan majlis..

oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

KUALA LUMPUR - Pada 23 Mac yang lalu,Hakim telah menyambut hari lahirnya yang ke 11. Sambutan pada hari itu telah diraikan bersama-sama dengan kawan-kawan sekelas dan juga guru-guru yang mengajar di kelasnya.
Sebagai peminat setia ManU,kek berlatarkan logo kelab tersohor itu telah menjadi pilihan pada tahun ini.Tidak ketinggalan menu-menu yang lain tetap menjadi pilihan sebagai juadah pada hari yang bermakna itu.



Kehadiran kawan-kawan dan juga guru-guru telah memeriahkan lagi hari lahir Hakim pada tahun ini.Mungkin inilah semangat untuk Hakim agar beroleh kecemerlangan di dalam pembelajarannya.




Semoga dengan adanya majlis ini,dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kawan-kawan dan juga guru-gurunya.Terima kasih kerana sudi hadir dan doakan kebahagiaan kami sekeluarga.Buat Muhammad Nazmi Hakim,Ayah..Ibu..Adik sayangkan HAKIM.

salam sayang;
zbs...