Thursday 8 March 2012

Cuti datang lagi !

Oleh : ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2012 akan mula bercuti bagi pertengahan semester satu pada 8 hingga 18 Mac ini.Cuti yang pasti ditunggu oleh anak-anak dan ibu bapa serta guru-guru untuk meredakan sedikit stress setelah bertungkus lumus mempersiapkan segala aktiviti persekolahan di awal tahun baru-baru ini.
Bagi ibu bapa,cuti bukan masa untuk bersenang lenang dan berehat sepanjang masa tetapi perlu merancang jadual cuti anak-anak agar tidak membazir masa kepada perkara yang tidak bermanfaat.Pada cuti persekolahan ini boleh dikemaskini semula peralatan persekolahan anak-anak dan menilai setakat mana pembelajaran anak-anak.Masa cuti inilah guru-guru dapat merehatkan sedikit minda untuk bertemu semula dengan anak didik selepas sekolah dibuka semula.Jadi,gunakanlah cuti ini dengan sebaik-baiknya.Buat Muhammad Nazmi Hakim dan Nurul Izzah Zafirah, gunakan cuti ini dengan sebaik-baiknya.Ayah dan ibu ucapkan selamat bercuti !

coretan,
zbs....