Saturday 14 April 2012

UMRAH

oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

KLIA SEPANG - Pada pagi khamis 12 April 2012 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1433 Hijrah, sekeluarga berkesempatan menunggu Hjh.Rabiah Abd Latiff aka nekma di aras 5 Klia,Sepang yang akan pergi menunaikan umrah pada hari ini. Setibanya kami di sana sekitar pukul 8.30am,kami sekeluarga bersarapan dahulu di "Kedai Kopi" sementara menunggu ketibaan flight nekma dari Pengkalan Chepa,Kota Bharu.
Minum dulu..

Lebih kurang pukul 9.30am,nekma tiba bersama rombongan dan terus mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil pihak Irna Yakin.
Taklimat...

Penulis bersama isteri..

Bersama-sama Ustazah Asni Al-Hafizah...

Allah swt berfirman ;
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 158)



Semoga nekma selamat pergi dan selamat kembali,mudah-mudahan ibadah umrah yang akan dilaksanakan nanti akan diterima oleh Allah swt.Insya-Allah.


coretan;
zbs...