Monday 2 April 2012

HAKIM BIRTHDAY'S
rakan-rakan dan guru hadir meraikan majlis..

oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

KUALA LUMPUR - Pada 23 Mac yang lalu,Hakim telah menyambut hari lahirnya yang ke 11. Sambutan pada hari itu telah diraikan bersama-sama dengan kawan-kawan sekelas dan juga guru-guru yang mengajar di kelasnya.
Sebagai peminat setia ManU,kek berlatarkan logo kelab tersohor itu telah menjadi pilihan pada tahun ini.Tidak ketinggalan menu-menu yang lain tetap menjadi pilihan sebagai juadah pada hari yang bermakna itu.



Kehadiran kawan-kawan dan juga guru-guru telah memeriahkan lagi hari lahir Hakim pada tahun ini.Mungkin inilah semangat untuk Hakim agar beroleh kecemerlangan di dalam pembelajarannya.




Semoga dengan adanya majlis ini,dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kawan-kawan dan juga guru-gurunya.Terima kasih kerana sudi hadir dan doakan kebahagiaan kami sekeluarga.Buat Muhammad Nazmi Hakim,Ayah..Ibu..Adik sayangkan HAKIM.

salam sayang;
zbs...