Sunday 15 July 2012

"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem" Oleh Zurazni Suhaimi zurazni75@gmail.com Kuala Lumpur: Tinggal lebih kurang 5 hari lagi untuk ummat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Kareem.Allah swt berfirman, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa". (Surah al-Baqarah: 183) Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan : “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” Kita juga bersyukur kerana akan dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih. Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: “Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadhan.Rebutlah peluang yang terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin. sekadar berkongsi; zbs..... 15/07/2012.