Wednesday 29 February 2012

Esklusif Bersama Ustaz Azhar Idrus








Oleh ZURAZNI SUHAIMI
zurazni75@gmail.com

AMPANG,SELANGOR - Ketika jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi,kami sekeluarga sampai ke DePalma Hotel,Ampang Selangor.Tanpa berlengah kami menuju ke lobi hotel untuk sesi pendaftaran Esklusif Bersama Ustaz Azhar Idrus berserta infaq fisabilillah negeri Terengganu.Teruja dengan suasana yang tenang kami mendapat meja bernombor 26.Sambil menunggu ketibaan yang berbahagia ustaz,kami didengarkan dengan lagu-lagu nasyid dan selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW.Pukul 11.00 pagi,pengumuman telah dibuat yang menyatakan Ustaz Azhar masih dalam perjalanan sedikit pun tidak mengusarkan kami.Anak-anak pula sibuk melihat gerai-gerai jualan yang berada di sekitar lobi dan sempat membeli beberapa buah buku.Orang ramai mula memenuhi meja yang berada di dalam.Jumlah meja melebihi 40 buah.'Ustaz Azhar Idrus Daie Sejuta Ummat' tajuk buku yang dibeli.Buku tulisan saudara Riduan Mohammad Nor dibaca sementara menunggu ketibaan yang berbahagia ustaz.Menceritakan tentang kisah berkaitan dengan salasilah Ustaz Azhar dan tentang fenomena serta penerimaan orang ramai dengan kuliah-kuliah Ustaz Azhar.
Tepat jam 11.30 pagi,kedatangan Ustaz Azhar telah diumumkan oleh pengerusi majlis.Tanpa melengahkan masa moderator dan Ustaz Azhar mengambil tempat untuk sesi soal jawab yang lazim dilakukan dan ditunggu-tunggu oleh audien.Walaupun tidak berapa sihat kerana jadual yang amat padat,Ustaz Azhar tetap meneruskan agenda untuk menyampaikan ilmu kepada hadirin yang hadir.Beberaoa soalan telah dijawab oleh Ustaz Azhar dengan gaya dan lawak yang bersahaja.Persoalan juga diterima daripada audien dewan yang hadir.Sehingga pukul 1.00 petang sesi soal jawab berakhir,hadirin menikmati makan tengah hari yang tersedia.Majlis pada hari itu,diakhiri dengan sesi fotografi dan autograf.Peluang ini tidak kami lepaskan,anak-anak begitu teruja bergambar dengan Ustaz AZhar dan mendapatkan tandatangan pada buku yang telah dibeli.


coretan kenangan ;
zbs
26Feb2012